Monday, January 19, 2009

SL Benfica dinobatkan sebagai Juara

Petang ahad yang lepas, Uniten Cup 09 telah pun melabuhkan tirainya dengan kemenangan SL Benfica keatas AZ Alkmaar di perlawanan akhir yang berlangsung di mini stadium dan dihadiri oleh ribuan peminat bola sepak UNITEN. Perlawanan yang dirasmikan oleh TNC HEP itu telah dimulakan seawal jam 5 petang.

Perlawanan ini yang pada mulanya dikuasai oleh AZ Alkmaar dengan jaringan pertama oleh penyerang berjersi no 9. Gol penyamaan di jaringkan oleh SL Benfica oleh penyerang sensasi mereka Abdi Azeez yang turut melengkapkan hat trick pada petang itu sebelum gol ke-2 AZ Alkmaar oleh pemain berjersi no 10.

Meskipun perlawanan akhir ini menampilkan dua pasukan terbaik Uniten tahun ini, mereka gagal menampilkan aksi yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Uniten. Di mana, kedua-dua pasukan tidak menampilkan semangat perjuangan yang tinggi, mungkin disebabkan pemain kedua-dua pasukan yang mengenali antara satu sama lain. Menyebabkan mereka bermain dalam keadaan "selamat" untuk mengelakkan daripada timbul sebarang insiden pergaduhan.

Setakat ini, menurut pemerhatian saya selaku peminat bola sepak UNITEN. Perlawanan antara AS Monaco & SL Benfica di separuh akhir layak untuk dinobatkan sebagai perlawanan terbaik kerana lengkap dengan aksi-aksi menarik, aksi mencemaskan, insiden pergaduhan, layangan kad merah, insiden kecederaan dan juga jaringan gol di minit-minit akhir.

~~Gossip Boy~~
harap tahun depan lg besh..!!!

Saturday, January 10, 2009

Persediaan Untuk Musim Baru

Setelah tewas kepada Geylang United pada peringkat kalah mati, menandakan perjuangan Red Star Belgrade untuk musim sulung mereka telah berakhir. Meskipun telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Uniten Cup 09 pada penampilan sulung mereka, kemampuan pasukan Red Star masih diragui setelah gagal mencatatkan sebarang kemenangan di pertandingan paling berprestij di Uniten ini.

Red Star yang dikhabarkan bakal berada di bawah pengurusan baru perlulah mempunyai rancangan yang lebih teliti jika mereka ingin memperbaiki kelemahan dan memperbaharui rekod mereka musim ini.

Dengan Uniten Cup yang hampir mencapai kemuncak, telah wujud khabar angin mengenai perpindahan beberapa nama besar dalam kem Red Star ke kelab-kelab lain. Antaranya AS Roma yang menyatakan minat untuk membeli seorang pemain Red Star bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain mereka yang bakal menamatkan pengajian di hujung semester ini.

~~Gossip Boy~~
xde team nk beli ak ker?

Friday, January 9, 2009

Perjuangan Red Star tamat

Petang tadi menyaksikan perlawanan peringkat kalah mati di antara Red Star Belgrade & Geylang United. Geylang United telah membuktikan mengapa mereka lebih layak memenangi perlawanan tersebut. Dengan berbekalkan pengalaman bermain di Uniten Cup untuk kali ketiga, mereka dengan mudah menjinakkan barisan serangan Red Star yang diketuai oleh Meon.

Gol pertama yang dijaringkan hasil kesilapan benteng pertahanan Red Star yang tidak mengawal pemain Geylang sebelum beliau dengan mudah menanduk bola masuk melepasi penjaga gol Red Star. Gol kedua hadir tidak lama selepas itu, apabila Megat yang berjaya masuk ke kotak penalti Red Star dijatuhkan oleh Vesshant. Pengadil perlawanan telah memberikan penalti kepada Geylang dan sepakan tersebut tidak disia-siakan.

Gol ketiga perlawanan hadir setelah benteng pertahanan Red Star sekali lagi melakukan kesilapan dengan membenarkan bola hantaran pemain tengah Geylang melepasi mereka dan disambut oleh penyerang mereka yang menyepak bola ke sebelah kiri gol.

Separuh masa kedua menyaksikan Geylang bermain dengan lebih selesa dengan kelebihan 3 gol. Cubaan Red Star melakukan counter-attack dengan larian pantas di bahagian sayap gagal membuahkan hasil. Gol saguhati Red Star hadir apabila Syafiq yang bertindak sebagai penyerang dikasari Jono, dan pengadil menghadiahkan penalti kepada Red Star yang telah diambil tanpa sebarang masalah.

Dan di penghujung perlawanan, Jono sekali lagi memberikan penonton satu aksi menarik untuk ditonton apabila sepakan percuma yang diambil beliau dari garisan tengah dengan mudah melayang dan menewaskan penjaga gol Red Star. Dengan kemenangan ini, Geylang United telah mengesahkan tempat mereka sebagai salah satu pasukan di suku akhir. Tahniah Geylang. Kepada Red Star, cuba lagi tahun hadapan.

~~Gossip Boy~~
hurmm...

Thursday, January 8, 2009

Debaran Makin Terasa

Petang ini bakal menyaksikan perlawanan antara Geylang United dan Red Star Belgrade untuk merebut 1 slot ke peringkat suku akhir. Skandal-skandal yang berlaku telah sedikit sebanyak menghangatkan suasana. Kemahiran Manager kedua-dua pasukan ditagih untuk mengatasi konflik yang berlaku dan sedikit sebanyak, masalah yang telah timbul telah pun selesai.

Sebagai contoh, pemain pasukan Geylang yang mempunyai ujian telah membuat permohonan kepada pensyarah terbabit untuk memberi kelonggaran supaya beliau dapat mengambil ujian lebih awal (rujuk komen untuk pasukan Red Star di www.unitencup09.com).

Manager juga telah berjaya meyakinkan pemain-pemain agar bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi tanpa melibatkan konflik terutamanya di tengah padang petang nanti.

Petang ini turut menyaksikan 3 lagi perlawanan berlangsung iaitu FC Colo-Colo & Sao Paolo di Mini Stadium, Fc Zenit St Petersburg & Vasco Da Gama di COIT, dan juga Az Alkmaar & Valencia CF di padang bersebelahan Geylang United & Red Star Belgrade.

Setakat ini, 4 pasukan telah pun menempah tiket ke peringkat suku akhir seperti SL Benfica yang menang keatas Panther FC 4-0, Sporting Lisbon menang penalti keatas Atletico Madrid 5-4 setelah terikat 0-0, As Monaco menang mudah keatas SK Galatasaray 8-1 dan Corinthians menang keatas VFB Stuttgart 2-0.

~~Gossip Boy~~
petang ni 4 lagi team msuk quarter.hangat2.

Wednesday, January 7, 2009

Skandal: Red Star v Geylang

Dalam mase 2 hari ini, telah timbul skandal baru mengenai perlawanan antara Geylang & Red Star. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat ini di ILSAS jam 5 petang telah diselubungi oleh khabar angin yang kurang elok didengari.

Permohonan untuk mengubah tarikh perlawanan oleh pihak Geylang telah ditolak oleh Red Star atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan dari situ telah timbul cerita dan khabar angin yang mungkin dicetuskan oleh pihak ketiga untuk menimbulkan pergaduhan diantara kedua-dua pasukan.

Dan jika diamati dari laman web Uniten Cup 09, terdapat beberapa komen yang diluahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menjatuhkan maruah & moral pemain-pemain Red Star.

Saya, sebagai salah seorang penyokong pasukan Red Star berharap agar kedua-dua pasukan (pemain dan peminat) tidak terpengaruh oleh komen-komen yang bertujuan untuk menjatuhkan ini dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Dan diharapkan supaya TIDAK berlaku sebarang insiden pergaduhan semasa perlawanan nanti yang mungkin akan mengakibatkan kebenaran untuk menganjurkan Uniten Cup ditarik balik oleh pihak HEP.

Kepada mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan komen-komen tidak bermoral tersebut, diharapkan anda dapat berfikir dan bertindak lebih matang di masa hadapan. Dan kepada peminat kedua-dua pasukan, jangan lupa untuk membanjiri padang ILSAS pada hari jumaat ini untuk menyaksikan pasukan pilihan anda beraksi.

~~Gossip Boy~~
disbbkn due2 team jersi kale merah, rs2nye ari jumaat ni ILSAS jd laut MERAH.

Thursday, January 1, 2009

Red Star v Geylang: The Revenge

Petang tadi menyaksikan Geylang mengesahkan tempat mereka selaku pendahulu kumpulan G dengan kemenangan ke-3 mereka iaitu ketika menentang Ash United dengan 4 gol berbalas 1.

Dan ini mengesahkan yang mereka akan bertemu dengan Red Star Belgrade utk pusingan pertama peringkat kalah mati Uniten Cup 09. Rekod pertemuan sebelum ini diantara Red Star & Geylang berpihak kepada Geylang dengan kemenangan 2-0 di Mini Stadium tidak lama dahulu.

Red Star yang mengalami masalah jentera serangan yang tumpul, meskipun mempunyai barisan pertahanan yang kental sedang menghitung strategi yang akan digunakan untuk menentang Geylang yang lebih senior dalam kancah bola sepak Uniten. Manager, Scuby telah merancang beberapa siri latihan yang dijangka akan memperbaiki pasukan Red Star secara keseluruhannya.

Adakah Geylang akan mengulang kejayaan mereka, atau mampukah Red Star melakukan kejutan dengan menumpaskan Geylang dan mara ke peringkat Suku Akhir? Mari kita sama-sama saksikan perlawanan tersebut yang akan berlangsung pada 9 Januari 2009 di ILSAS A jam 5 petang.

~~Gossip Boy~~
X sabar tggu game jumaat depan.

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram dan Happy New Year to all!!


Welcome To The Red Star Blog Version 2009!!!...and also 1430(awal Muharram)!!
Di sini Gossip Boy ingin mengucapkan Happy New Year to all...
Dan x terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram (1430) kepada muslimin dan muslimat

To all the teams that qualify to the next round (Uniten Cup)...Congratz..
but the teams that qualify to the organizer cup..dont be sad..just keep fighting..!!!
All for one and one for all..aight??..

thats it from me..see you with the next update..


x.o.x.o
~~Gossip Boy~~
Celebrate lompat2..happy new year..2009!!