Friday, January 9, 2009

Perjuangan Red Star tamat

Petang tadi menyaksikan perlawanan peringkat kalah mati di antara Red Star Belgrade & Geylang United. Geylang United telah membuktikan mengapa mereka lebih layak memenangi perlawanan tersebut. Dengan berbekalkan pengalaman bermain di Uniten Cup untuk kali ketiga, mereka dengan mudah menjinakkan barisan serangan Red Star yang diketuai oleh Meon.

Gol pertama yang dijaringkan hasil kesilapan benteng pertahanan Red Star yang tidak mengawal pemain Geylang sebelum beliau dengan mudah menanduk bola masuk melepasi penjaga gol Red Star. Gol kedua hadir tidak lama selepas itu, apabila Megat yang berjaya masuk ke kotak penalti Red Star dijatuhkan oleh Vesshant. Pengadil perlawanan telah memberikan penalti kepada Geylang dan sepakan tersebut tidak disia-siakan.

Gol ketiga perlawanan hadir setelah benteng pertahanan Red Star sekali lagi melakukan kesilapan dengan membenarkan bola hantaran pemain tengah Geylang melepasi mereka dan disambut oleh penyerang mereka yang menyepak bola ke sebelah kiri gol.

Separuh masa kedua menyaksikan Geylang bermain dengan lebih selesa dengan kelebihan 3 gol. Cubaan Red Star melakukan counter-attack dengan larian pantas di bahagian sayap gagal membuahkan hasil. Gol saguhati Red Star hadir apabila Syafiq yang bertindak sebagai penyerang dikasari Jono, dan pengadil menghadiahkan penalti kepada Red Star yang telah diambil tanpa sebarang masalah.

Dan di penghujung perlawanan, Jono sekali lagi memberikan penonton satu aksi menarik untuk ditonton apabila sepakan percuma yang diambil beliau dari garisan tengah dengan mudah melayang dan menewaskan penjaga gol Red Star. Dengan kemenangan ini, Geylang United telah mengesahkan tempat mereka sebagai salah satu pasukan di suku akhir. Tahniah Geylang. Kepada Red Star, cuba lagi tahun hadapan.

~~Gossip Boy~~
hurmm...

1 comment:

  1. jgn sdih2..u guyz have done a gud job..klah menang adat pertandingan..yg pnting cbe lg thn depan k..chaiyok2..=)

    ReplyDelete