Wednesday, December 31, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram dan Happy New Year to all!!


Welcome To The Red Star Blog Version 2009!!!...and also 1430(awal Muharram)!!
Di sini Gossip Boy ingin mengucapkan Happy New Year to all...
Dan x terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram (1430) kepada muslimin dan muslimat

To all the teams that qualify to the next round (Uniten Cup)...Congratz..
but the teams that qualify to the organizer cup..dont be sad..just keep fighting..!!!
All for one and one for all..aight??..

thats it from me..see you with the next update..


x.o.x.o
~~Gossip Boy~~
Celebrate lompat2..happy new year..2009!!

Monday, December 29, 2008

Red Star v Barca

Perlawanan yang berlangsung di COIT dan diadili oleh Hj Lan antara Red Star & Barca. Jika dilihat di babak pertama, kedua-dua pasukan seperti bermain sambil lewa. Bagaikan mereka hanya mengharapkan seri. Barca yang tidak dapat ke pusingan kedua disebabkan perbezaan gol yang besar, bermain perlahan.

Red Star yang hadir tanpa ketua pasukan, Bak terikut-ikut rentak perlahan Barca. Beberapa percubaan di hadapan gol Barca oleh Faiz, Tong dan Fahmi tidak membahayakan penjaga gawang Barca. Barca yang menggunakan taktik counter-attack gagal menembusi benteng pertahanan Red Star yang diketuai Veeshan.

Di akhir separuh masa pertama, Barca dihadiahkan sepakan penalti oleh Hj Lan setelah Dhiya dipersalahkan kerana menolak pemain Barca. Penalti yang diambil mengelirukan pemain-pemain Red Star kerana pemain yang mengambil sepakan tersebut hanya menolak perlahan bola sebelum disambut rakan sepasukannya dan gol pertama perlawanan telah berjaya dijaringkan.

Separuh masa kedua, Syafiq yang dimasukkan mengganti tempat Fahmi telah mengubah rentak Red Star dengan lariannya di bahagian kanan. Dan peluang yang diberikan tidak disia-siakan apabila Syafiq menjadi penyelamat Red Star dengan menjarngkan gol penyamaan.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga akhir perlawanan. Sepanjang perlawanan, dapat dilihat pemain Red Star seperti kurang bertenaga. Mungkin disebabkan cuti yang agak panjang dan pemain masih belum berada dalam keadaan 100%. Meskipun seri 1-1, Red Star telah layak ke pusingan kedua apabila Sporting Lisbon telah membelasah Ajax 6-1 di Mini Stadium.

~~Gossip Boy~~
Red star malas bila bak xde..tu je..hehehe

Red Star Ke Pusingan Kedua!!!!


29/11 : Keputusan





Red Star Belgrade
1 Fc Barcelona 1


Dengan Keputusan ini maka Red Star layak ke pusingan seterusnya.

GROUP C

P

M

S

K

J

B

Mt

Sporting Lisbon

3

3

0

0

13

2

9

Red Star Belgrade

3

0

2

1

2

3

2

Fc Barcelona

3

0

2

1

2

7

2

Ajax Amsterdam

3

0

2

1

2

7

2



Match Report perlwanan ini akan diaupdate secepat mungkin ok??..stay tune..

~~Gossip Boy~~

Sunday, December 28, 2008

Match Do or Die Red Star Belgrade


Red Star Belgrade

Vs

Fc Barcelona


Date : 29 December 2008
Venue : COIT football field
Time : 5 - 5.30 pm(start)


Come and wear red to support us!!


~~Gossip Boy~~

Wednesday, December 24, 2008

Bintang Red Star bakal menyinar

Warriors of Red Star

Isnin nanti kita bakal menyaksikan pasukan Red Star akan bertemu dengan FC Barcelona dan Ajax Amsterdam bertemu dengan Sporting Lisbon yang telah pun layak. Perebutan tempat kedua antara Red Star, Barca & Ajax hanya dapat diketahui keputusannya pada perlawanan terakhir tersebut. Di mana kemenangan amat diperlukan untuk setiap pasukan layak ke pusingan kedua mengiringi Sporting selaku juara kumpulan.

Ketiadaan pemain Barca, Hanif pada pertembungan dengan Red Star yang telah dilayangkan kad merah semasa bertemu Ajax memberi keyakinan kepada manager, Scuby bahawa Red Star mampu memenangi perlawanan tersebut sambil mengharapkan Ajax gagal mengutip mata penuh bertemu Sporting.

~Gossip Boy~
sedey, gamba ak xde dalam 2.

Tuesday, December 23, 2008

Red Star tewas di tangan Sporting Lisbon

Mini Stadium, 23/12 - Petang tadi dapat disaksikan satu perlawanan yang mendapat tumpuan peminat bola sepak UNITEN di mini stadium iaitu antara Sporting Lisbon dan pendatang baru Red Star Belgrade. Perlawanan yang bermula jam 5.30 petang itu telah memukau penonton dengan aksi2 permainan yang menarik. Terutamanya dari barisan tengah Sporting yang diketuai saudara Miji.

Red Star yang menggunakan taktik bertahan telah berjaya menahan asakan demi asakan dari barisan serangan Sporting dari awal permainan. Meskipun tanpa kehadiran 2 pemain utama yang tidak dapat bermain hari ini, barisan pertahanan Red Star tetap berusaha melakukan yang terbaik untuk mengekang asakan dari Sporting.

Keghairahan Sporting untuk mencari gol telah menghukum mereka apabila Red Star melakukan counter attack dengan Kapten pasukan, Bak melakukan hantaran jauh kepada Afiq yang melakukan larian sebelum menyepak bola melepasi jangkauan penjaga gol Sporting dan menerjah masuk ke dalam gawang pada minit ke-22.

Gol Red Star tidak melemahkan semangat Sporting. Mereka terus mengasak kubu Red Star. Dan banyak cubaan yang dilakukan tersasar. Hinggalah pada minit ke-28, hantaran silang dari pemain sayap kanan Sporting berjaya sampai ke kaki penyerang mereka sebelum dia melorongkannya kepada Yo yang tidak dikawal. Sepakan leret Yo meskipun berjaya dibaca penjaga gol Red Star, namun tidak berjaya untuk menghalangnya dari melepasi garisan gol.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mengasak kubu lawan untuk mencari gol kemenangan. Dan pada minit ke-67, Sporting dihadiahkan sepakan percuma berhampiran gawang gol Red Star. Sepakan yang dilakukan Miji gagal dikeluarkan oleh barisan pertahanan Red Star dan Faisal telah mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol pendahuluan untuk pasukannya.

Red Star cuba bangkit dengan melakukan asakan demi asakan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan Sporting. Di minit-minit akhir, Red Star diberikan sepakan percuma berhampiran gol Sporting. Namun, hantaran bola ke tengah kotak penalti Sporting oleh Epol gagal disempurnakan rakan-rakan pasukannya sebelum dikeluarkan pertahanan Sporting.
Perlawanan tamat dengan berpihak kepada Sporting 2-1.

Meskipun tewas, Red Star masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan kedua disebabkan Ajax Amsterdam dan FC Barcelona yang gagal mengutip mata penuh semasa perlawanan diantara mereka petang tadi yang berakhir 1-1. Manakala Vasco Da Gama yang turut bermain petang tadi telah membelasah Mamelodi Sandown 11-1.

~~gossip boy~~..
manager hepi ngan team siap lari2 plak kat pdg...

Sunday, December 21, 2008

1st Match Ends

Semalam (21/12/08) telah berkhirnya perlawanan pertama bagi setiap pasukan di peringkat kumpulan. Seperti menurut ramalan, kebanyakan pasukan seeded berjaya mengharungi perlawanan pertama mereka dengan kemenangan. Antaranya Sporting Lisbon yang membenam FC Barcelona 5-0, AS Monaco yang menewaskan Valencia CF 1-0, FC Colo-Colo Menumpaskan Palmeiras FC 3-0, dan AZ Alkmaar yang membelasah CA Osasuna 6-0 semalam.

Terdapat juga beberapa keputusan yang tidak dijangka antaranya Sao Paolo yang gagal mendapat mata penuh ketika menentang SL Benfica, Corinthians yang juga seri dengan Vasco Da Gama, Celtic FC yagn seri dengan Kaizer Chief, Atletico Madrid yang tewas kepada Geylang United serta AS Roma pasukan yang lebih berpengalaman tumpas kepada Panther FC dan VFB Stuttgart yang diwar-warkan sebagai pasukan baru terbaik tewas kepada Zenit St Petersburg.

Diantara semua pasukan, ternyata Panther FC dan Oympiakos mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan setakat ini iaitu sebanyak 7 gol dihasilkan. Dan diikuti oleh AZ Alkmaar dengan 6 gol. Dua pemain telah menjadi penjaring terbanyak setakat ini dengan menjaringkan hat-trick untuk pasukan masing-masing iaitu Nik Ahmad Nazirul dari Sporting Lisbon dan Hothefah dari AZ Alkmaar.

Petang ini, perlawanan kedua setiap pasukan akan bermula dengan 2 perlawanan dari kumpualn A iaitu Sao Paolo menentang Tottenham Hotspurs di Mini Stadium, SL Benfica menentang Olympique Lyon di ILSAS B dan 1 perlawanan dari kumpulan B iaitu Corinthians menentang Olympiakos di COIT.

Friday, December 19, 2008

Red Star v Ajax (pic-2)

Pemain2 bersalaman sblm perlawanan

Wajah kebosanan Azmi menunggu peluang

Barisan pemain simpanan menunggu peluang utk beraksi

Antara aksi yg sempat dirakam lensa kamera

Red Star v Ajax (pic)

Tgh siap2 pn de org amek gamba 2

Player tgh semangat stretching

Kapten (Bak) melangkah masuk padang dgn bergaya

Keputusan Match Pertama Red Star




Red Star
(0) - (0)Ajax Amsterdam


Ilsas B, 19/12 : Perlawanan Pertama Red Star menentang Ajax Amsterdam. Keseluruhan perlawanan ini amat membosankan kerana kedua2 pasukan tidak menunjukkan kemampuan sebenar masing2. Dimana kedua2 pasukan menggunakan taktik bertahan dan penguasaan bola banyak di tengah padang.

Separuh masa pertama melihatkan Red Star menggunakan taktik bertahan untuk berada dalam keadaan selamat. Namun, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan kedua2 pasukan gagal dimanfaatkan untuk membuka jaringan. Sepakan percuma yang diperolehi oleh Red Star setelah penjaga gawang Ajax memegang bola di luar kawasan gol gagal disempurnakan. Peluang gol oleh Ajax di babak pertama gagal disempurnakan kerana tandukan penyerang mereka sedikit tersasar dari gol Red Star.

Di separuh masa kedua melihatkan Red Star melakukan sedikit perubahan dengan melakukan pertukaran pemain di awal separuh masa. Namun kehadiran Epol yang menggantikan Afiq di bahagian kanan meskipun memberikan sedikit masalah kepada pertahanan Ajax tetap gagal menghasilkan gol.

Red Star yang cuba mengejar kemenangan, banyak melakukan counter-attack dan rembatan dari jarak jauh oleh Meon, Veeshan & Bak. Namun, tidak mendatangkan sebarang hasil. Secara keseluruhan, dapat dilihat penguasaan bola oleh pasukan Ajax lebih baik berbanding Red Star yang sering kehilangan bola terutama di bahagian tengah. Namun, Red Star lebih banyak melakukan serangan berbanding Ajax.

Red Star perlu bangkit jika mereka ingin melangkah ke pusingan kedua dengan menang atau seri dengan pendahulu kumpulan C Sporting Lisbon yang tampak selesa. Cuba Red Star Cuba..

~~Gossip Boy~~
manager...pikir taktik betul2...(aku tetap sokong Red Star)

Thursday, December 18, 2008

Sporting Lisbon terbang tinggi

ILSAS, 18/12 - Ptg td perlawanan pertama kumpulan C diantara Sporting Lisbon dan FC Barcelona. Sporting seperti yang diramalkan telah melenyapkan saingan Barca dengan menghasilkan 5 gol tanpa dibalas.

Kemenangan Sporting telah menaikkan semangat pemain2 Red Star untuk bertembung dgn Ajax keesokan harinya. Keyakinan untuk mengiringi Sporting ke pusingan kedua semakin meningkat dengan persembahan yang kurang memuaskan yang ditonjolkan oleh Barca.

Petang esok, marilah ramai2 memeriahkan perlawanan diantara Red Star & Ajax. Ramai2 trun ke ILSAS jam 5 petang & yang paling penting...PAKAI BAJU WARNA MERAH tanda sokongan anda kepada Red Star.

~Gossip Boy~
Lepak minum2 dgn keeper Sporting~

Wednesday, December 17, 2008

Senarai Nama Pemain Redstar

Jersey No.
  • Mohd Syafiq Md Zin 1
  • Muhammad Abdul Rahman Bohang 2
  • Vesshant A/L Visyam 3
  • Ku Norazmi Imam Asmawi 4
  • Elkhwan Nidzam Ariffin 5
  • Muhammad Dhiya Mohammad 6
  • Muhammad Amirul Asyraf Abd Rani 7
  • Mohd Afiq Zarif Baharom 8
  • Mohd Fahmi Abdul Mutalib @ Taib 9
  • Mohd Faiz Mat Aron 10
  • Bakhtiar Syafiq (c) 11
  • Zulhilmi Sidek 12
  • Muhammad Fazli Samat 13
  • Mohd Syafiq Mohd Zubir 14
  • Mohd Syazwan Mohd Mahayadin 15
  • Mohamad Syahir Abu Bakar 17
  • Rajkiran Singh Gurbachan Singh 22
  • Muhammad Zulfahmi Nekmat 23
  • Sreedharan Shankran 25
  • Saiful Akmal Md Rafi 27
  • S.R Ashok 39

Tuesday, December 16, 2008

2 Days till Kick Off & UNITEN CUP Opening Match

Petang ini, pentas UNITEN CUP 09 bakal dibuka dengan perlawanan pertama diantara 2 pasukan yang disegani. Sao Paolo selaku Naib Juara edisi lepas dan SL Benfica yang terdiri dari barisan pelajar-pelajar Antarabangsa yang berbakat. Ramai yang meramalkan, Benfica bakal memberi saingan yang sengit kepada Sao Paolo dan mengutip mata kemenangan pertama untuk UNITEN CUP kali ini. Tapi, Sao Paolo dengan berbekalkan pengalaman bermain di perlawanan akhir pasti tidak akan tewas dengan mudah.

Namun, bagi Red Star yang hanya akan melakukan sepak mula pada 19/12 di Ilsas B berusaha untuk mengembalikan keyakinan mereka supaya dapat memperoleh kemenangan pertama ketika menentang Ajax dan justeru meningkatkan peluang mereka untuk layak ke pusingan kedua.


Dan ini Jadual Perlawanan Red Star Belgrade pada musim ini..

Fri, 19/12 ILSAS B Red Star v Ajax Amsterdam


Tue, 23/12 Stadium Red Star v Sporting Lisbon

Mon, 29/12 COIT Red Star v FC Barcelona


~Gossip Boy~
jiayu Red Star

Apa da jadi RED STAR..??



Debaran UNITEN CUP semakin dekat, Red Star mencuba nasib dengan pasukan yang lebih berpengalaman iaitu Kaizer Chief. Kedua-dua pasukan yang berkemungkinan tidak akan bertemu untuk edisi UNITEN CUP kali ini cuba untuk mempamerkan persembahan menarik.

Perlawanan Red Star kali ini turut disaksikan oleh beberapa pemain dari Ajax yang cuba untuk menilai kemampuan Red Star. Mungkin akibat debaran UNITEN CUP dan kehadiran pemain2 Ajax telah menyebabkan barisan pemain Red Star gagal mempamerkan aksi terbaik mereka.

Babak pertama, keadaan yang agk stabil di kedua2 pasukan. Penyerang Kaiser yang mendapat banyak peluang gagal memanfaatkan peluang-peluang tersebut untuk membuka jaringan. Namun, peluang sepakan percuma berhampiran gol tidak disia-siakan dan rembatan deras Pejo berjaya menewaskan GK Red Star yang tidak bersedia.

Red Star cuba bangkit dan hasilnya, mereka mendapat gol penyamaan akibat keadaan kucar-kacir di hadapan gawang Kaizer setelah defend gagal mengeluarkan bola. Dan kesempatan itu diambil Panjang untuk menyambah koleksi jaringannya.

Babak kedua, Red Star melakukan perubahan untuk mengubah rentak permainan dengan merehatkan wing mereka yg kedua-duanya telah pancit disebabkan tak cukup fit. Kehadiran Amang sebagai wing kanan telah sedikit sebanyak mengkucar-kacirkan prtahanan Kaizer. Dan gerakan menarik dari tengah oleh Bak & Dhiya telah menghasilkan sepakan percuma apabila Bak dikasari.Sepakan percuma yang diambil oleh Epol hampir memecah gawang Kaizer namun sedikit tersasar apabila hanya mampu menyentuh palang gol dan berjaya dikeluarkan defend Kaizer.

Sehingga akhir perlawanan, tidak ada gerakan menarik dari kedua2 pasukan. Red Star yang terlalu asyik mengejar gol kemenangan telah melakukan kesilapan demi kesilapan. Dan peluang yng ada telah dimanfaatkan oleh barisan serangan Kaizer dan akibatnya Red Star dihukum dengan 3 jaringan oleh penyerang Kaizer. Final Result 4-1. Kekecewaan jelas kelihatan di Kem Red Star kerana kekalahan yang direkodkan kali ini, adalah kekalahan paling besar.

~Gossip Boy~
Baik ak g klas td, nyesal jek.

Pengundian sudah selesai











Teater Library, UNITEN - Pada tarikh 15hb Disember 2008. Majlis pengundian untuk UNITEN CUP 09 telah dijalankan dengan kesemua wakil dari 32 team yang hadir dengan semangat yang tinggi. Maijlis pengundian yang dijanjikan pada pukul 8 telah dilewatkan selama 45 min akibat dari masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan tetapi penantian itu berbaloi.

Selepas mendengar ucapan ringkas dari Pengerusi UFC & Pengarah Program UNITEN CUP 09, penonton disajikan dengan persembahan tarian dari budak-budak Astena. "Memang menarik," kata kapten Red Star yang tekun melihat persembahan tersebut. Di samping itu, turut ada persembahan video dari UNITEN CUP 08 yang menarik untuk menambahkan semangat juang peserta walaupun diakhr video tersebut terdapat masalah teknikal.

Di penghujung majlis, Sesi undian dijalankan dengan penuh serius dan saspen. Beberapa cabutan yang dilakukan menarik minat hadirin dan kedengaran jeritan-jeritan dari penonton yang seronok & excited dengan cabutan yang dilakukan.

Hasil dari undian, Red star Belgrade telah diletakkan di Group C bersama-sama Sporting Lisbon yang mengisi slot pasukan seeded, FC Barcelona yang mengisi slot pasukan lama dan Ajax Amsterdam yang mengisi slot pasukan baru bersama-sama Red Star Belgrade.

Perlawanan pertama telah dijadualkan pada 19hb Disember 2008.

RED STAR BELGRADE VS AJAX AMSTERDAM

Go Red Star!!!!!

~~gossip boy~~
makan karipap & popia masa habis majlis.

Geylang si Paku Geylang



Red Star hadir ke perlawanan ini dengan semangat berkobar2 setelah
menewaskan Spurs 4-0 dengan keyakinan mampu bersaing dengan Geylang United yang merupakan antara pasukan pilihan untuk merangkul UNITEN CUP.

Namun, angan-angan Red Star tidak kesampaian. mereka tewas 2-0. Hasil jaringan Lok dan striker baru Geylang. Kehadiran Lok dan Jono tampak memberi masalah kepada barisan pemain Red Star yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan kemenangan. Namun, persembahan Red Star harus dipuji meskipun tewas setelah mempamerkan permainan yang menarik.

~Gossip Boy~
Aku tgk match mkn Prosperity Burger...buhsan...

Rematch: Red Star v Spurs

Red Star v Spurs II: Setelah tidak berpuas hati dgn keputusan perlawanan sblm ini, manager Spurs sekali lagi mencabar pasukan Red Star utk bersaing.

Perlawanan kali ini, Red Star bermula agak perlahan disebabkn barisan pemain2 utama yg hadir lewat krn mempunyai komitmen laen. Dan di sepanjang separuh masa pertama, tidak byk gerakan menarik dihasilkn dan berkesudahan 0-0.

Pada babak kedua, manager Red Star yg kurang berpuas hati dgn persembahan babak pertama trpaksa memasukn pemain2 utama yg lewat wlaupn sepatutnya mereka didenda krn lewat & tdk dibenarkn beraksi. Namun utk mencari kemenangan & menjaga hati pemain2, beliau terpaksa memasukn juga.

Dan hasilnya, Red Star telah menghasilkn gol pertama pada awal babak kedua sumbangan Faiz Panjang. Di pertengahan babak dua gol lagi telah di hasilkn dalam selang waktu 10 min sumbangan Panjang dan Epol.

Di akhir2 permainan, Red Star yg telah mendapat sepakan percuma berhampiran gol Spurs telah menggandakn gol mereka. Setelah sepakan percuma yg terkena wall, defend spurs gagal mengeluarkn bola. Dan penyerang Red Star, Syafiq telah mengambil kesempatan itu utk menjaringkn gol pertamanya utk Red Star.

~Gossip Boy~
Manager Red Star tersenyum riang..joget Scuby joget...

3rd Frenly




Red Star v Tottenham Hotspurs...nothing interesting...hujan lebat yg mbuatkn padang bola serupa dgn sawah padi...sepak bola, x gerak2...sampaikn ade pemain yg bosan, sempat maen sepak2 air dgn pengadil...

Keseluruhannya, Red Star menang 2-1...hasil jaringan striker maut Red Star dan pemain wing yg malas dtg training...Manager Red Star tersenyum lebar dgn keputusan ini, kerana manager Spurs yg merupakan kenalan beliau telah tewas ditangan anak didik nya...

~Gossip Boy~
Jgn Mare...Hehe...

2nd friendly





VENUE: Padang COIT
FT RESULT: 2-1
SCORER: Fahmie, Epol

Dalam perlawanan ini, tidak banyak yang dapat diperkatakan kerana keadaan cuaca yang amat teruk sekali telah mempengaruhi rentak permainan kedua-dua pasukan. Hujan lebat yang turun di sepanjang perlawanan telah memperlahankan rentak permainan. Pemain-pemain Red Star kelihatan seperti bermain-main di sawah kerana keadaan padang yang amat teruk sehingga mengakibatkan penonton-penonton menjadi bosan dan tidur di dalam kereta. Sepakan dan rembatan yang cuba dilakukan tidak berhasil kerana bola tak gerak jauh mana..Tension...

~Gossip Boy~~
x ske men bola kt sawah padi