Friday, December 19, 2008

Keputusan Match Pertama Red Star




Red Star
(0) - (0)Ajax Amsterdam


Ilsas B, 19/12 : Perlawanan Pertama Red Star menentang Ajax Amsterdam. Keseluruhan perlawanan ini amat membosankan kerana kedua2 pasukan tidak menunjukkan kemampuan sebenar masing2. Dimana kedua2 pasukan menggunakan taktik bertahan dan penguasaan bola banyak di tengah padang.

Separuh masa pertama melihatkan Red Star menggunakan taktik bertahan untuk berada dalam keadaan selamat. Namun, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan kedua2 pasukan gagal dimanfaatkan untuk membuka jaringan. Sepakan percuma yang diperolehi oleh Red Star setelah penjaga gawang Ajax memegang bola di luar kawasan gol gagal disempurnakan. Peluang gol oleh Ajax di babak pertama gagal disempurnakan kerana tandukan penyerang mereka sedikit tersasar dari gol Red Star.

Di separuh masa kedua melihatkan Red Star melakukan sedikit perubahan dengan melakukan pertukaran pemain di awal separuh masa. Namun kehadiran Epol yang menggantikan Afiq di bahagian kanan meskipun memberikan sedikit masalah kepada pertahanan Ajax tetap gagal menghasilkan gol.

Red Star yang cuba mengejar kemenangan, banyak melakukan counter-attack dan rembatan dari jarak jauh oleh Meon, Veeshan & Bak. Namun, tidak mendatangkan sebarang hasil. Secara keseluruhan, dapat dilihat penguasaan bola oleh pasukan Ajax lebih baik berbanding Red Star yang sering kehilangan bola terutama di bahagian tengah. Namun, Red Star lebih banyak melakukan serangan berbanding Ajax.

Red Star perlu bangkit jika mereka ingin melangkah ke pusingan kedua dengan menang atau seri dengan pendahulu kumpulan C Sporting Lisbon yang tampak selesa. Cuba Red Star Cuba..

~~Gossip Boy~~
manager...pikir taktik betul2...(aku tetap sokong Red Star)

No comments:

Post a Comment