Tuesday, December 16, 2008

Apa da jadi RED STAR..??



Debaran UNITEN CUP semakin dekat, Red Star mencuba nasib dengan pasukan yang lebih berpengalaman iaitu Kaizer Chief. Kedua-dua pasukan yang berkemungkinan tidak akan bertemu untuk edisi UNITEN CUP kali ini cuba untuk mempamerkan persembahan menarik.

Perlawanan Red Star kali ini turut disaksikan oleh beberapa pemain dari Ajax yang cuba untuk menilai kemampuan Red Star. Mungkin akibat debaran UNITEN CUP dan kehadiran pemain2 Ajax telah menyebabkan barisan pemain Red Star gagal mempamerkan aksi terbaik mereka.

Babak pertama, keadaan yang agk stabil di kedua2 pasukan. Penyerang Kaiser yang mendapat banyak peluang gagal memanfaatkan peluang-peluang tersebut untuk membuka jaringan. Namun, peluang sepakan percuma berhampiran gol tidak disia-siakan dan rembatan deras Pejo berjaya menewaskan GK Red Star yang tidak bersedia.

Red Star cuba bangkit dan hasilnya, mereka mendapat gol penyamaan akibat keadaan kucar-kacir di hadapan gawang Kaizer setelah defend gagal mengeluarkan bola. Dan kesempatan itu diambil Panjang untuk menyambah koleksi jaringannya.

Babak kedua, Red Star melakukan perubahan untuk mengubah rentak permainan dengan merehatkan wing mereka yg kedua-duanya telah pancit disebabkan tak cukup fit. Kehadiran Amang sebagai wing kanan telah sedikit sebanyak mengkucar-kacirkan prtahanan Kaizer. Dan gerakan menarik dari tengah oleh Bak & Dhiya telah menghasilkan sepakan percuma apabila Bak dikasari.Sepakan percuma yang diambil oleh Epol hampir memecah gawang Kaizer namun sedikit tersasar apabila hanya mampu menyentuh palang gol dan berjaya dikeluarkan defend Kaizer.

Sehingga akhir perlawanan, tidak ada gerakan menarik dari kedua2 pasukan. Red Star yang terlalu asyik mengejar gol kemenangan telah melakukan kesilapan demi kesilapan. Dan peluang yng ada telah dimanfaatkan oleh barisan serangan Kaizer dan akibatnya Red Star dihukum dengan 3 jaringan oleh penyerang Kaizer. Final Result 4-1. Kekecewaan jelas kelihatan di Kem Red Star kerana kekalahan yang direkodkan kali ini, adalah kekalahan paling besar.

~Gossip Boy~
Baik ak g klas td, nyesal jek.

No comments:

Post a Comment