Semalam (21/12/08) telah berkhirnya perlawanan pertama bagi setiap pasukan di peringkat kumpulan. Seperti menurut ramalan, kebanyakan pasukan seeded berjaya mengharungi perlawanan pertama mereka dengan kemenangan. Antaranya Sporting Lisbon yang membenam FC Barcelona 5-0, AS Monaco yang menewaskan Valencia CF 1-0, FC Colo-Colo Menumpaskan Palmeiras FC 3-0, dan AZ Alkmaar yang membelasah CA Osasuna 6-0 semalam.
Terdapat juga beberapa keputusan yang tidak dijangka antaranya Sao Paolo yang gagal mendapat mata penuh ketika menentang SL Benfica, Corinthians yang juga seri dengan Vasco Da Gama, Celtic FC yagn seri dengan Kaizer Chief, Atletico Madrid yang tewas kepada Geylang United serta AS Roma pasukan yang lebih berpengalaman tumpas kepada Panther FC dan VFB Stuttgart yang diwar-warkan sebagai pasukan baru terbaik tewas kepada Zenit St Petersburg.
Diantara semua pasukan, ternyata Panther FC dan Oympiakos mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan setakat ini iaitu sebanyak 7 gol dihasilkan. Dan diikuti oleh AZ Alkmaar dengan 6 gol. Dua pemain telah menjadi penjaring terbanyak setakat ini dengan menjaringkan hat-trick untuk pasukan masing-masing iaitu Nik Ahmad Nazirul dari Sporting Lisbon dan Hothefah dari AZ Alkmaar.
Petang ini, perlawanan kedua setiap pasukan akan bermula dengan 2 perlawanan dari kumpualn A iaitu Sao Paolo menentang Tottenham Hotspurs di Mini Stadium, SL Benfica menentang Olympique Lyon di ILSAS B dan 1 perlawanan dari kumpulan B iaitu Corinthians menentang Olympiakos di COIT.
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment