Tuesday, December 16, 2008

Pengundian sudah selesai











Teater Library, UNITEN - Pada tarikh 15hb Disember 2008. Majlis pengundian untuk UNITEN CUP 09 telah dijalankan dengan kesemua wakil dari 32 team yang hadir dengan semangat yang tinggi. Maijlis pengundian yang dijanjikan pada pukul 8 telah dilewatkan selama 45 min akibat dari masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan tetapi penantian itu berbaloi.

Selepas mendengar ucapan ringkas dari Pengerusi UFC & Pengarah Program UNITEN CUP 09, penonton disajikan dengan persembahan tarian dari budak-budak Astena. "Memang menarik," kata kapten Red Star yang tekun melihat persembahan tersebut. Di samping itu, turut ada persembahan video dari UNITEN CUP 08 yang menarik untuk menambahkan semangat juang peserta walaupun diakhr video tersebut terdapat masalah teknikal.

Di penghujung majlis, Sesi undian dijalankan dengan penuh serius dan saspen. Beberapa cabutan yang dilakukan menarik minat hadirin dan kedengaran jeritan-jeritan dari penonton yang seronok & excited dengan cabutan yang dilakukan.

Hasil dari undian, Red star Belgrade telah diletakkan di Group C bersama-sama Sporting Lisbon yang mengisi slot pasukan seeded, FC Barcelona yang mengisi slot pasukan lama dan Ajax Amsterdam yang mengisi slot pasukan baru bersama-sama Red Star Belgrade.

Perlawanan pertama telah dijadualkan pada 19hb Disember 2008.

RED STAR BELGRADE VS AJAX AMSTERDAM

Go Red Star!!!!!

~~gossip boy~~
makan karipap & popia masa habis majlis.

No comments:

Post a Comment