Mini Stadium, 23/12 - Petang tadi dapat disaksikan satu perlawanan yang mendapat tumpuan peminat bola sepak UNITEN di mini stadium iaitu antara Sporting Lisbon dan pendatang baru Red Star Belgrade. Perlawanan yang bermula jam 5.30 petang itu telah memukau penonton dengan aksi2 permainan yang menarik. Terutamanya dari barisan tengah Sporting yang diketuai saudara Miji.
Red Star yang menggunakan taktik bertahan telah berjaya menahan asakan demi asakan dari barisan serangan Sporting dari awal permainan. Meskipun tanpa kehadiran 2 pemain utama yang tidak dapat bermain hari ini, barisan pertahanan Red Star tetap berusaha melakukan yang terbaik untuk mengekang asakan dari Sporting.
Keghairahan Sporting untuk mencari gol telah menghukum mereka apabila Red Star melakukan counter attack dengan Kapten pasukan, Bak melakukan hantaran jauh kepada Afiq yang melakukan larian sebelum menyepak bola melepasi jangkauan penjaga gol Sporting dan menerjah masuk ke dalam gawang pada minit ke-22.
Gol Red Star tidak melemahkan semangat Sporting. Mereka terus mengasak kubu Red Star. Dan banyak cubaan yang dilakukan tersasar. Hinggalah pada minit ke-28, hantaran silang dari pemain sayap kanan Sporting berjaya sampai ke kaki penyerang mereka sebelum dia melorongkannya kepada Yo yang tidak dikawal. Sepakan leret Yo meskipun berjaya dibaca penjaga gol Red Star, namun tidak berjaya untuk menghalangnya dari melepasi garisan gol.
Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mengasak kubu lawan untuk mencari gol kemenangan. Dan pada minit ke-67, Sporting dihadiahkan sepakan percuma berhampiran gawang gol Red Star. Sepakan yang dilakukan Miji gagal dikeluarkan oleh barisan pertahanan Red Star dan Faisal telah mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol pendahuluan untuk pasukannya.
Red Star cuba bangkit dengan melakukan asakan demi asakan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan Sporting. Di minit-minit akhir, Red Star diberikan sepakan percuma berhampiran gol Sporting. Namun, hantaran bola ke tengah kotak penalti Sporting oleh Epol gagal disempurnakan rakan-rakan pasukannya sebelum dikeluarkan pertahanan Sporting.
Perlawanan tamat dengan berpihak kepada Sporting 2-1.
Meskipun tewas, Red Star masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan kedua disebabkan Ajax Amsterdam dan FC Barcelona yang gagal mengutip mata penuh semasa perlawanan diantara mereka petang tadi yang berakhir 1-1. Manakala Vasco Da Gama yang turut bermain petang tadi telah membelasah Mamelodi Sandown 11-1.
~~gossip boy~~..
manager hepi ngan team siap lari2 plak kat pdg...
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment