Mini Stadium, Uniten - Pada tanggal 18 Oktober 2008, menyaksikan kemunculan pertama pasukan Red Star Belgrade di dalam persada bola sepak UNITEN. Bertemu dengan pasukan baru iaitu Olympiakos, tetapi mempunyai barisan pemain yang berpengalaman dalam kancah bola sepak UNITEN dan diketuai saudara Eyo.
Perlawanan yang diadili oleh Abang Majid, telah berlangsung dengan baik tanpa sebarang pergaduhan. Separuh masa pertama Red Star yang dibarisi pemain2 muda (muda laa sgtkn) berjaya mengawal rentak permainan dgn baik. Serangan bertali arus oleh Olympiakos tidak mendatangkan sbrg masalah kpd barisan defend yg diketuai oleh saudara Vishan.
Barisan tengah Red Star yang diketuai Bak telah byk melakukn percubaan-percubaan yang hampir-hampir menghasilkan gol, tetapi penyudah yang kurang memuaskn seperti pasukan Malaysia di kejohanan antarabangsa telah meyebabkan mereka gagal menghasilkan sebarang gol di awal permainan. Namun, satu gerakan menarik dari sebelah kiri oleh Faiz Panjang telah menyebabkn benteng pertahanan Olympiakos kucar kacir dan rembatan yang dilepaskannya telah menghasilkan gol pertama Red Star.Penguasaan Red Star tidak kekal lama setelah Koh, pemain Olympiakos yang mempunyai skandal perjanjian dengan Red Star menjaringkn gol penyamaan setelah mendapat hantaran dari rakan sepasukannya.
Separuh masa kedua, Red Star melakukan rombakan besar-besaran dengan mengeluarkan hampir semua pemain dari separuh masa pertama untuk memberi ruang kepada pemain-pemain lain menimba pengalaman. Disebabkan terlalu selesa dengan keadaan seri, Red Star telah dibalas dgn gol kemengan Olympiakos setelah pemain pertahanan Red Star melakukan kesilapan memakan diri mereka sendiri. Hasilnya, Mat Yie menjaringkan gol kemenangan yang dicari-cari oleh Olympiakos.
~Gossip Boy~
U'll Never Know Me

No comments:
Post a Comment