Perlawanan yang berlangsung di COIT dan diadili oleh Hj Lan antara Red Star & Barca. Jika dilihat di babak pertama, kedua-dua pasukan seperti bermain sambil lewa. Bagaikan mereka hanya mengharapkan seri. Barca yang tidak dapat ke pusingan kedua disebabkan perbezaan gol yang besar, bermain perlahan.
Red Star yang hadir tanpa ketua pasukan, Bak terikut-ikut rentak perlahan Barca. Beberapa percubaan di hadapan gol Barca oleh Faiz, Tong dan Fahmi tidak membahayakan penjaga gawang Barca. Barca yang menggunakan taktik counter-attack gagal menembusi benteng pertahanan Red Star yang diketuai Veeshan.
Di akhir separuh masa pertama, Barca dihadiahkan sepakan penalti oleh Hj Lan setelah Dhiya dipersalahkan kerana menolak pemain Barca. Penalti yang diambil mengelirukan pemain-pemain Red Star kerana pemain yang mengambil sepakan tersebut hanya menolak perlahan bola sebelum disambut rakan sepasukannya dan gol pertama perlawanan telah berjaya dijaringkan.
Separuh masa kedua, Syafiq yang dimasukkan mengganti tempat Fahmi telah mengubah rentak Red Star dengan lariannya di bahagian kanan. Dan peluang yang diberikan tidak disia-siakan apabila Syafiq menjadi penyelamat Red Star dengan menjarngkan gol penyamaan.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga akhir perlawanan. Sepanjang perlawanan, dapat dilihat pemain Red Star seperti kurang bertenaga. Mungkin disebabkan cuti yang agak panjang dan pemain masih belum berada dalam keadaan 100%. Meskipun seri 1-1, Red Star telah layak ke pusingan kedua apabila Sporting Lisbon telah membelasah Ajax 6-1 di Mini Stadium.
~~Gossip Boy~~
Red star malas bila bak xde..tu je..hehehe
Monday, December 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment